Friday, April 17, 2009

Kabinet Rakyat Kerajaan Malaysia 2009

Salam To all readers. Seminggu yang lalu Najib mengumumkan barisan kabinet yang baharu. yang dinamakan Kabinet Rakyat. PERDANA MENTERI: Datuk Seri Najib Tun Razak TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI 1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi) 2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen) 3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi) 4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam) Timbalan-timbalan Menteri: 1. Datuk Liew Vui Keong 2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim 3. Datuk S.K. Devamany 4. Ahmad Maslan 5. T.Murugiah MENTERI KEWANGAN: Datuk Seri Najib Tun Razak MENTERI KEWANGAN II: DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH Timbalan: 1. Datuk Chor Chee Heung 2. Datuk Dr Awang Adek Hussin MENTERI PELAJARAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan: 1. Datuk Dr Wee Ka Siong 2. Dr Mohd Puad Zarkashi MENTERI PENGANGKUTAN: Datuk Ong Tee Keat Timbalan: 1. Datuk Abdul Rahim Bakri 2. Datuk Robert Lau Hoi Chew MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI: Tan Sri Bernard Dompok Timbalan: 1. Datuk Hamzah Zainudin MENTERI DALAM NEGERI: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Timbalan: 1. Datuk Wira Abu Seman Yusop 2. Jelaing anak Mersat MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN: Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim Timbalan: 1. Datuk Joseph Salang Gandum 2. Senator Heng Seai Kie MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR: Datuk Peter Chin Fah Kui Timbalan:Noriah Kasnon MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: Datuk Seri Shafie Apdal Timbalan: 1. Datuk Hassan Malek 2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun MENTERI PENGAJIAN TINGGI: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin Timbalan: 1. Datuk Dr Hou Kok Chung 2. Datuk Saifuddin Abdullah MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI: Datuk Mustapa Mohamed Timbalan: 1. Datuk Mukhriz Mahathir 2. Datuk Jacob Dungau Sagan MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI: Datuk Dr Maximus Ongkili Timbalan:Fadillah Yusof MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: Datuk Douglas Uggah Embas Timbalan:Tan Sri Joseph Kurup MENTERI PELANCONGAN: Datuk Ng Yen Yen Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI: Datuk Noh Omar Timbalan: 1. Datuk Johari Baharum 2. Datuk Rohani Abdul Karim MENTERI PERTAHANAN: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan:Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad MENTERI KERJA RAYA: Datuk Shaziman Abu Mansor Timbalan:Datuk Yong Khoon Seng MENTERI KESIHATAN: Datuk Liow Tiong Lai Timbalan:Datuk Rosnah Rashid Shirlin MENTERI BELIA DAN SUKAN: Datuk Ahmad Shabery Cheek Timbalan: 1. Datuk Razali Ibrahim 2. Wee Jeck Seng MENTERI SUMBER MANUSIA: Datuk Dr S.Subramaniam Timbalan:Datuk Maznah Mazlan MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA: Datuk Ismail Sabri Yaakob Timbalan:Datuk Tan Lian Hoe MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN: Datuk Kong Cho Ha Timbalan:Datuk Lajim Ukin MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT: Datuk Seri Sharizat Jalil Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun MENTERI LUAR: Datuk Anifah Aman Timbalan: 1. A.Kohilan Pillay 2. Datuk Lee Chee Leong MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Timbalan:Datuk M.Saravanan

Saturday, April 4, 2009

Najib, Ekonomi dan Politik Malaysia

Sejak semalam, pelbagai berita baik diterima baik rakyat Malaysia umumnya termasuk saya. Tahniah buat Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak yang dilantik menjadi Perdana Malaysia ke enam menggantikan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang bersara mulai semalam, 2 April 2009.
Datuk Seri Najib, anak kelahiran negeri Pahang dan walaupun saya bukan anak Pahang, Pahang sebuah negeri yang perlukan pembaharuan terutama Kuantan dan negeri Pahang, antara sebuah negeri yang paling banyak berhutang dengan kerajaan Pusat. Walaupun saya hanya baru tinggal di Kuantan selama beberapa tahun, rata-rata penduduk mahukan pembaharuan.
Kuantan terutamanya, mempunyai jaringan jalan yang sangat teruk pada pendapat saya berbanding ibu negeri yang lain yang telah saya pergi sebelum ini. Kedudukan Pasar Utama di tengah bandar yang hanya bersebelahan dengan Pasar Daging Babi sangat menjengkelkan bagi saya. Selain itu, Kompleks Terminal Makmur yang antara tempat pertama pelancong akan pijakkan kaki sangat teruk dan meloyakan. Bau hancing dan sampah sarap merata langsung tidak dipedulikan Majlis Perbandaran Kuantan MPK. Malah perlu satu pembaharuan dan menaiktarafan Bandar Kuantan untuk dijadikan Bandaraya dan menjadikan Bandaraya Kuala Terengganu sebagai contoh.
Apa yang telah dilakukan Tun Abdullah dahulu selepas menerima tampuk pemerintahan dari Tun Dr Mahathir telah pun dilakukan Datuk Seri Najib selepas menjadi Perdana Menteri iaitu membebaskan sebahagian tahanan ISA. Datuk Seri Najib membebaskan 13 tahanan ISA dan tarik balik larangan Harakah dan Suara Keadilan yang telah dibekukan sebelum ini. Dan pastinya parti pembangkang akan mengata bahawa ini pastinya untuk menarik pengundi untuk mengundi BN pada 3 Pilihanraya Kecil yang akan berlangsung Selasa ini. Ini pastinya dan pelbagai tohmahan akan keluar. Kesian pada mereka. Kalau Najib tak buat salah, Buat pun Salah. Apa mereka boleh buat?
Kemasukan semula Tun Dr Mahathir dan keluarga dalam UMNO sangat diterima baik dan saya berharap kehadiran Tun Dr Mahathir ke dalam UMNO pastinya ada ‘something to be covered’ terutama politik wang kerana saya mendapat pelbagai laporan mengenai kemenangan beberapa pihak melibatkan wang.
Saya sebagai rakyat yang sentiasa memerhatikan aliran politik negara dan sebagai wartawan bebas berharap sesuatu pembaharuan akan berlaku dengan pemerintahan baharu ini. Semoga pihak pembangkang dan orang gila kuasa tidak merosakkan perjalanan politik aman negara sekarang ini. Semoga juga, ekonomi negara akan pulih tidak lama lagi.

Sunday, March 29, 2009

LIMA BELAS

Buat pertama kali dalam sejarah negara Malaysia dalam pilihanraya 15 calon bertanding untuk merebut hanya satu kerusi. ini jarang2 kali berlaku tetapi terjadi ketika penamaan calon yang diadakan semalam untuk merebut kerusi Bukit selambau selepas kerusi tersebut kosong selepas penyandang sebelum ini dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) V Arumugam . Saya sebagai pemerhati dan juga rakyat melihat ini suatu perkara yang agak mengejutkan walaupun tidak mustahil. bagi saya ini mungkin berikutan pemilihan calon PKR tidak disenangi ramai. rata-rata calon BEBAS yang bertanding adalah dari PKR sendiri. Namun proses demokrasi yang bakal berlangsung April nanti pastinya menjadi medan pertaruhan untuk membuktikan BN yang telah berjanji untuk berubah. kehadiran dan kemasukan semula Tun Dr mahthir ke dalam UMNO amat disambut baik malah cadangan Datuk Seri Najib untuk memberi jawatan kepada Tun Mahathir dan Pak Lah ke dalam kerajaan dan parti sangat disambut baik kerana saya merasakan selama ini Tun ibarat dipinggirkan nasihat beliau tidak didengari sesiapa. Saya berharap proses 3 pilihanraya ini berjalan lancar dan aman . p/s : dah lama tak dengar perdana menteri angan-angan ... mana dia???

Friday, March 27, 2009

PILIHANRAYA MTP IKIP INTERNATIONAL COLLEGE

pilihanraya kolej akan berlangsung pada 1 April 2009 bertempat di kampus masing-masing. Saya tercalon bagi kerusi EXCO. Antara manifesto yang bakal saya ketengahkan ialah menjadikan MTP sebuah badan bebas yang dapat bersuara untuk membela masalah yang di hadapi pelajar selain mengaktifkan aktiviti kolej ke peringkat yang lebih tinggi dan menaikkan nama kolej di antara kolej yang terulung.wah! berangan jer saya ni. tapi saya akan membuat sebaik mungkin untuk kebaikan bersama pelajar dan warga ikip international college.tapi melihatkan saingan yang kuat di semua peringkat agaknya kuatkah pengaruh ABDUL MUHAIMIN ini? tunggu dan lihat sahajalah.okay?

Monday, March 9, 2009

salah ke PPSMI??

SALAM to all readers Terima Kasih lah sebab selalu updat saya punya blog Ni isu PPSMI ni tak habis2 lagi...saya nak tanya salah ker PPSMI tu? walhal, kalau kata bahasa ibunda rosak, ia dibuat dwi bahasa kan?? kalau istilah sains dan matematik ni di melayukan... Ya Allah teruk bunyi nyer..malah mancacatkan bahasa Melayu tu sendiri..anda bleh tengok dan tengok sendiri. untuk makluman saudara, saya merupakan pelajar tahun terakhir yang menggunakan Bahasa Melayu untuk Sains dan Matematik..Saya sendiri kadang2 bingung nak faham sebab bila masuk universiti dah english..jadi? faham sendiri lah... Mungkin perlu pindaan pada PPSMI...tapi janganlah dipolitikkan isu PPSMI ni..yang menjadi mangsa adalah pelajar...bayanglah..kejap english them malay...tak ker bengong kepala hotak diorang???aduhai... Wahai Rakyat Malaysia...jangan sempitkan fikiran...jangan nak ambik kesempatan jer...!!!!!

Sunday, March 8, 2009

Raja dan Sultan

Dengan Kerasnya, saya sebagai Rakyat Malaysia dan orang Melayu, JANGAN NAFIKAN HAK _ HAK SEORANG RAJA DAN SULTAN!!!!!!!!!!!!

Tuesday, March 3, 2009

Bawah Pokok Pun Jadi Lah...

semakin hari semakin mengarut bertambah pening kepala duk mikir pasal politik sekarang ni terutama kat perak neh ha! aduyai..gila..gila...
dek kerana terlalu terdesak dan taksub nak buat kononnya 'sidang dun tergempar' dan tak bleh nk sabar agaknya...diorang buat sidang dun bawah pokok mempelam...agak kelakar dan sangat kelakar!
kalu ikut perkembangan politik kat perak neh, banyak menda kita dapat lihat...kebanyakan seakan dirancang teliti tau?
entahlah..bila nak maju MALAYSIA ni pun..tak tahu lah..saya hanya kan menjadi pemerhati sahaja...bukan apa, mana2 parti pun kalu parti tu betul, saya akan sokong..
pening...confuse...to sape2 yang berkenaan tu..tolonglah..sebagai rakyat...saya tak mahu semua ni berlaku...saya tak mahu melayu berpecah...nak jadi palestin ker? nk dijajah dgn singapore yang dah macam israel asia tenggara?aduhai! bangkitlah...
tak usah lah nak derhaka kat raja segala...raja tu tak kacau orang pun..biarlah dia duduk diam2...lagipun..ingatlah MELAYU...kalau raja atau sultan ni tak ada..Malaysia akan jadi singapore...sebuah negara republik..kaum lain leh senang2 je tau nk jadi pemerintah! so fikirlah...teruk mana pun raja atau sultan tu biarlah...nak buat mcam mana..cuma doa agar baginda sedar...yang baginda hidup kerana rakyat dan untuk rakyat jelata...patik mohon ampun kalau yang membaca adalah dari kalangan raja... terima kasih!

Friday, February 6, 2009

Kerajaan Perak Milik BN

Secara rasminya negeri PERAK kini milik BN.
Keadaan politik negara semakin tenat kerana usaha lompat parti seperti yang di canang DSAI dahulu pada 16 September.
Hari ni ? dah kena batang hidung DSAI sendiri.Aduyai.
Adakah mungkin tuduhan dari PAKATAN RAKYAT yang Datuk Seri Najib Razak (DSNR) membeli 4 wakil Adun PR keluar parti dan sertai BN dengan RM 50 juta!?
Perghh!Banyak tu..kalau bagi penulis macam saya ni pun nak! Makan seumur hidup tak habis beb! bagi anak2,cicit2,piut2...pun still x habis lagi...
Saya harap BN tidaklah terlalu terdesak untuk berbuat demikian...DSNR bakal menjadi PM bulan Mac ni..Apa nasib rakyat Malaysia?adakah terbela?Bagaimana dengan rasuah?
Sebenarnya rasuah telah sebati dalam dunia Melayu ni. Malah dari kecik pun dah diberi rasuh.buat ni, dapat ni..so tak boleh elak..tapi, pandangan saya persepsi ini pasti boleh berubah dengan adanya beberapa cara untuk menanganinya.
Kepada DSNR, jangan contohi Pak Lah. Pak Lah terlalu "baik". Dengar nasihat TUN MAHATHIR dan beberpa pemimpin terdahulu. BN jatuh kerana suka dengar telunjuk luar, ikut macam lembu ditarik hidung.
Penulis bukanlah seorang yang orang kuat BN dan bukanlah juga orang kuat PR. Lebih selesa di jalan tengah.Mana yang betul kita ikut.

Thursday, February 5, 2009

CINTA 69

SALAM to all readers! <br> Eyami Production sedang menunggu keputusan pihak Astro Entertainment untuk menerima filem pendek kami untuk bersaing dalam Astro Kirana Short Film Award.
CINTA 69 merupakan sebuah cerita yang menceritakan mengenai kisah hidup seorang lelaki yang bernama FARISH yang mengamalkan gaya hidup songsang di mana beliau mempunyai hubungan sejenis tetapi beliau dipaksa berkahwin dengan piliha ibunya yang juga seorang datin. FARISH dipertemukan dengan seorang pengkid yang bernama AREENA yang juga wedding planner untuk pasangan yang baru berkenalan dua hari tetapi mereka dilamun cinta.bagaimana kehidupan dan halangan yang perlu dilalui???
Doakan filem kami berjaya.
producer, eyami production.

Monday, January 5, 2009

pengasas dan pemilik facebook

Forbes™menyatakan beliau, Mark Zuckerberg from United States of America is the most youngest billionaire seorang pengasas,pemilik facebook.
Majalah Forbes menyatakan bekas pelajar Harvard itu mempunyai kekayaan peribadi sebanyak 1.5 bilion dolar, berdasarkan apa yang dinyatakan 5 bilion dollar adalah untuk Facebook. Spekulasi menyatakan Facebook bernilai sebanyak 15 bilion dollar dan Microsoft telah membayar 240 juta dollar untuk 1.6% kepentingan dalam syarikat tahun lepas.“He is the youngest billionaire in the world right now and we also believe he is the youngest self-made billionaire in history,” said the magazine’s Associate Editor Matthew Miller, unveiling this year’s super-rich list.
please add me in http://www.facebook.com - puteracutes@yahoo.com

Sunday, December 28, 2008

im creating new short film

Salam to all readers.




my group of productions calls " EYAMI PRODUCTIONS" will produce a new short film for Astro Kirana and we are searching and getting information and ideas to make a short film thats the plots of story is different and never seen before.


for information about this productions,please leave some commet whatthe idea of the stories. producer - am(me)
director-iryana ( myspace.com/yanaidris)


please..we need somes ideas..maybe ur stories will be produce in our short film. happy maal hijrah 1430H and happy new year 2009 and goodbye FOREVER 2008. Open new book close the old one.we a human being.we create the mistake take the bad as a path in ur life next! hopefully 2009 is the most happiest year for me!

Tuesday, December 16, 2008

PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN KUALA TERENGGANU

Salam to all readers.
Tidak lama lagi akan bermula perang pilihanraya di kawasan parlimen kuala terengganu ini iaitu bermula 6hb january 2009 dengan penamaan calon dan kempen bermula sejurus selepas itu dan akan berakhir di hari pengundian 17Januari 2009.
Agaknya perang berapa penjuru kita lihat sahaja..
yang penting sekarang ini adalah biarlah calon yang dibawa BARISAN NASIONAL kelak tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan biarlah ia dipilih dengan mengambil kriteria yang dikehendaki rakyat utuk mengekalkan kemenangan di parlimen ini. Sebagai anak jati TERENGGANU..saya melihat pilihanraya ini berbeza dari parlimen permatang pauh dan jentera pilihanraya BARISAN NASIONAL perlu bekerja kuat kerana memandangkan hanya 658majoriti sahaja dipilih pada pilihanraya lalu. p/s:Takziah buat keluarga Allahyarham Dato'Razali Ismail.Semoga rohnya dicucuri rahmat.Saya pernah meminta bauan beliau.beliau sangat dedikasi.SALAM

Thursday, December 4, 2008

Cuti Semester dan banjir di kuala terengganu

salam to all readers.
Cuti Semester Bagi School Of Diploma Studies,IKIP International College dah pun bermula secara rasminya awal Disember 2008 sehingga 8 Januari 2008 So it's about a month...
and semestinya setiap cuti semester pasti banyak aktiviti bagi menghilangkan rasa boring berada di rumah bukan??
BANJIR di Bandaraya Kuala Terengganu mengejutkan ramai pihak...belum pernah dalam 20 Tahun Bandaraya ini mengalami banjir yang seteruk ini.tapi AM bersyukur,kediamanku tidak mengalaminya.Apa2 pun..semoga kerajaan prihatin terhadap rakyat.
SALAM AIDILADHA.

Thursday, November 27, 2008

Saturday, November 22, 2008

Salam to all readers Mulai dari post kali ni..AM akan kurangkan blog mengenai politik dalaman negara.. AM hanya akan post apabila perlu sahaja kerana suasana politik dalaman negara sekarang agak baik walaupun masih belum pulih sepenuhnya. AM akan pastikan blog seterusnya lenih menarik dan sempoi.. xde lah skema sangat kan..??? hehe

Sunday, November 16, 2008

salam to all readers.. sorry dah lama xupdate blog ni... sekarang dah start exam dah. paper pertama am, esok 18 November 2008. Nasib baik paper English Communication and Language 2 . tak delah berat sangat lagipun 'carry mark' untuk subjek ni bleh kira xpayah ambik final because dah lulus. ALHAMDULILAH. hopefully am dapat jawab semua paper yang am amek semester ni iaitu 8subjek. yang last paper paling susah. itu am kena skor paling tinggi. to all college student who are taking examination, good luck tau!
Good Luck To All Who Are Taking Exam.
Do all over the best.
Be the over the TOP!
I*** JOURNALISM
the truth is out there

Thursday, October 16, 2008

CELCOM U.O.X

sebagai pelanggan setia celcom sejak dari sekolah lagi...
memperkenalkan
celcom u.o.x - celcom university of x pax
yang hanya untuk 25tahun ke bawah!!!
percayakah anda rates yang diberikan untuk pengguna CELCOM UOX ini????
JIMAT BEB!! AM dah guna UOX hampir 6 bulan dah siap promote satu college.Ni Am baru jer ambik lagi 100 UOX untuk student my college.BEST siOtt!!!
cepat tau! MAC 2009..

Thursday, October 9, 2008

Paklah dan Malaysia

Seperti yang sedia maklum, Datuk Seri Abdullah Badawi mengumumkan pengundurannya pada Mac 2008. Ramai yang gembira dengan khabar itu, dan pastinya rakyat seperti saya juga berasa sebegitu.Maaf,bukan untuk mengutuk kepimpinan beliau tetapi realiti yang harus diterima dan beliau membuat pengorbanan terbesar.Beliau sebenarnya agak bagus memimpin tetapi kita memerlukan perubahan dan saya tidak rasa beliau membuat keputusan secara paksa.Beliau sendiri mengakui bahawa salah satu sebab pengundurannya ialah untuk memberi peluang kepada Datuk Seri Najib dan kekalahan terbesar BARISAN NASIONAL selama LIMA dekad pemerintahan barisan paling teguh selama ini pada pilihanraya Mac lalu.Jadi 1 Tahun selepas pilihanraya beliau mengundur diri. Malah saya sebagai pemerhati politik negara merasakan pengunduran beliau mempunyai beberapa perubahan yang berlaku . kini, saya akan melihat sejauh mana Datuk Seri Najib dapat mengubah tanggapan rakyat terhadap Barisan Nasional. apa jadi pada "PERDANA MENTERI ANGAN-ANGAN"??????

Monday, October 6, 2008

SYAWAL dan pengertian

KINI kita berada di 6 syawal.sudah enam hari..terasa bagaikan baru sehari ianya berlalu.. manusia sana sini sibuk memohon ampun sesama sendiri dan sebelah pihak lagi memaafkan.. adakah mereka ikhlas? hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu. semoga syawal kali ini memberi pengertian yang sungguh bermakna. Alangkah bahagianya kalau setiap hari seperti syawal? tiada perbalahan,porak poranda, masalah dan lain-lain.. manusia sibuk menunjukkan siapa lebih hebat,siapa yang terbaik... sesungguhnya hanya ALLAH SWT maha kuasa,maha Agung... kepada perosak bangsa..pencetus masalah ingatlah, adakah kita akan temui Syawal sekali lagi?fikirkanlah...
jangan pandang belakang pabila kita pantas berlari.....namun harus diingatkan, jangan yang turu berlari itu, bayang-bayang sendiri bukan kejayaan yang mengiringi..

Tuesday, September 30, 2008

SELAMAT HARI RAYA

am wishing you..
selamat menyambut hari raya aidilfitri
mohon maaf zahir dan batin
atas segala kesilapan,termakan,terambil,terkutuk dll
yang lahir dari diri AM sendiri.
sesungguhnya di hari mulia ini hari yang baik untuk memaafkan.
salam aidilfitri am sekeluarga.

Monday, September 22, 2008

Anwar Ibrahim . 16 September ...

Kalian sedia maklum lah kan... Anuar tak jadi pun PERDANA MENTERI MALAYSIA KE ENAM seperti yang beliau war-war kan. Malah memberi pelbagai alasan kononya banyak menghalangnya. pelik kerajaan sudah cukup berlembut dengan DSAI. Malah ikut sahaja angin melintang DSAI. Beliau berkata ingin berjumpa dengan PAK Lah untuk menyerahkan nama ahli parlimen yang akan bertukar menjadi KATAK. tetapi PAKLAH menolak kerana beliau sudah cukup masak dengan perangai DSAI. DSAI berkata jika PAKLAH tidak membuat Sidang Khas Parlimen untuk membentang usul tidak percaya kepada PAKLAH tersebut 23 September ini, beliau akan berbincang dengan MT PKR untuk tindakan lanjut. Apabila media bertanya kepada DSAI kenapa tidak tunggu parlimen yang akan bersidang selepas Aidilfiri nanti beliau memberi alasan rakyat tidak mempercayai kepimpinan PAKLAH lagi. Pelik.Tapi inilah hakikat DSAI.Sepatutnya umat Islam berlumba mengejar ibadat di bulan RAMADHAN ini. Ini kan tidak..sibuk nak jadi PERDANA MENTERI. Then JUAL negara ini ke negara luar.Apa kes?? Saya sebagai wartawan bebas, tidak menyokong mana-mana parti politik tetapi hanya pendapat peribadi terhadap batas normal yang dilakukan ahli atau parti politik tersebut. Terima Kasih
Salam Aidilfitri Dari Saya,AM Maaf Zahir Dan Batin

Wednesday, September 10, 2008

BERHASILKAH KERAJAAN 16 SEPTEMBER ANUAR????

surat layang yang dipetik dari anuaribrahimdotcom.blogspot.com.Sila baca dan perhatikan betul2...
Ahmad Lutfi Othman
Nota : Rencana ini dipetik dari buku "Layakkah Anwar Ketuai Reformasi", tulisan Agmad Lutfi Othman, Penerbitan Pemuda, 1998. Sekarang beliau Ketua Pengarang HarakahSurat layang ini ditujukan kepada Perdana Menteri, Mahathir Mohamad. Ia mungkin bermanfaat untuk pembaca yang selama ini tidak pernah membaca surat layang. Nilailah sendiri isi kandungannya. Yang menarik majalah Tamadun pun turut diseret. Ahmad Lutfi Othman adalah pengarang Tamadun.Pegawai dan kakitangan kerajaan harus patuh pada pemerintahan, terutamanya bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Sayangnya dewasa ini di Malaysia keadaannya sungguh berbeza. Mengapa di masa ini dan tidak di masa lalu. Yang menjadi tanda-tanya kita, adakah mereka digunakan oleh mana-mana pemimpin yang tidak sabar atau ini adalah pendapat mereka sendiri tanpa arahan sesiapa
.Seorang pegawai kanan Kementerian Kewangan yang dulu Ketua Pengarah BTN, lahir di Sitiawan, Perak, bergelar Dato’. Beliau telah memberi satu ceramah kepada semua kakitangan Kementerian Kewangan yang bertemakan kegawatan ekonomi hari ini. Tiba-tiba di hujung ceramahnya, telah dengan terang-terang mengutuk Dato’ Seri Dr. Mahathir. Semua yang hadir tercengang-cengang dan berpandangan antara satu sama lain. Dia telah berkata, Dr. Mahathir sudah tua, sudah nyanyok. Elok sangat mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda, lebih bertenaga dan lebih berkemampuan.Lepas itu dia berkata lagi bahawa kegawatan ekonomi hari ini banyak disebabkan perangai dan tingkah laku orang-orang UMNO yang memaksa kita membuat itu dan ini untuk kepentingan mereka. Macam mana pegawai kanan ini berani benar bercakap begitu rupa di Kementerian Kewangan dan tidak di kementerian-kementerian lain.
Adakah ini isi hati dia sendiri, atau dengan restu pemimpin tertentu yang berkuasa.Adakah Dr. Mahathir hendak berdiam diri lagi. Terlalu ramai pihak individu yang kita beri pangkat, beri kuasa. Tapi tikam Dr. Mahathir dan tikam UMNO di belakang.Dato’ Nazeri Abdullah, anak kampung dari Kedah, diberi pangkat, kuasa dan kekayaan oleh UMNO, hentam Dr. M terang-terang. Melenting Dr. M dalam MKT. Semua ahli MKT setuju Nazeri disingkir. Bila Nazeri balik dari Afrika Selatan, jumpa Dr. M terus minta maaf pada Dr. M, menangis depan Dr. M, Dr. M terus maafkan Nazeri. Dr. M harus sedar, mereka ini pandai berlakon, macam boss mereka juga. Tangisan itu adalah tangisan seakan buaya yang sedang bertapa.Macam mana pula dengan tindakan biadab Dato Sahar Sidik ini, tindakan biadab Dato’ Johan Jaafar, Dato’ Fauzi Rahman, Dato’ Othman Abdul, Dato’ Dr. Affifuddin Omar dan Azmin Ali serta kedua-dua Setiausaha Politik Anwar yang sungguh lantang mengutuk Dr. M. Lihat sahaja isi kandungan majalah Tamadun, semuanya mengutuk Dr. M. Lihat sahaja isi kandungan majalah Tamadun, semuanya mengutuk Dr. M dan memuji Anwar.
Nasib baik Dato’ Megat sudah tidak ada lagi di KDN. Kalau majalah ini sudah lama digantung.Berapa lama Dr. M biarkan tingkah laku mereka ini. Bila datang minta maaf, dimaafkan sahaja. Mereka ini bukan sahaja barah kepada Dr. M dan juga barah dan tokak kepada semua yang sayang pada Dr. M dan UMNO keseluruhannya.Anwar Ibrahim dan UMNOAnwar adalah manusia bercita-cita besar. Cita-citanya nak jadi pemimpin besar negara. Sejarah perjuangannya terbukti, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan cita-citanya tercapai.
Kalau PAS boleh jamin untuk dia capai cita-citanya dia akan masuk PAS. Hatta kalau parti komunis boleh bawa dia mencapai cita-citanya, dia akan masuk parti komunis.Anwar Ibrahim – Falsafah Rasuah dan Kepentingan DiriBaru-baru ini Anwar menasihatkan UMNO supaya jangan melakukan sesuatu untuk kepentingan diri. Sukar untuk menerima nasihat ini. Cuba kita ingat kembali, semua kakitangan pejabat Anwar yang berhenti, semuanya kini sudah kaya raya. Mereka ini bukannya pegawai kanan, Cuma Setiausaha Sulit, Setiausaha Sulit Kanan dan Setiausaha Politik sahaja. Lihatlah Nasaruddin, Sharit Jusoh, Othman, Salamon semua kaya. Kalau Azmin berhenti, jutawanlah dia.Pak Ibrahim, bapa Anwar sekarang ahli korporat yang terkenal. Pengerusi Syarikat IOI, hingga kereta rasmi Pak Ibrahim pakai nombor.... Pengerusi Inovest.
Anwar bagi pula Pak Ibrahim “exclusive exporter” ubat-ubat dari Malaysia untuk dihantar ke Iraq yang bernilai RM20 juta setahun. Anwar tuduh banyak syarikat perumahan tidak buat rumah murah untuk rakyat miskin dan susah. Bagaimana projek perumahan Syarikat IOI di Puchong, langsung tiada projek rumah murah.Rani Ibrahim, abang Anwar, bukan main lagi. Dulu muflis, tapi sekarang pengarah beberapa syarikat termasuk syarikat perjudian Olympia. Rani kini sering kali berada di Golf Couse, bergeser dengan ahli-ahli koperat China. (Dua ayat berikutnya terpaksa dipotong untuk mengelakkan sensitiviti individu terbabit – penyunting).Marzuki adik Anwar sudah kaya raya. Syarikat Inovest, kepunyaan Dato’ Wong (Tengku Wong – Pahang) tidak boleh disenaraikan di KLSE. Bila Tengku Wong bagi Pak Ibrahim dan Marzuki jadi Pengarah, inovest disenaraikan di KLSE. Pak Ibrahim dan Marzuki dapat 30 juta saham dengan harga RM3.00 satu saham. Tidak berapa lama saham ini dijual dengan harga RM6.00 satu saham. Anak beranak dapat untung lebih kurang RM90 juta.Adik perempuan Anwar (Farizon) lain ibu pun sudah cukup senang. Selain daripada pengedar kereta Proton, pengarah beberapa syarikat termasuk Pengkalan Security di mana saham bumi akan diberi kepadanya.Dato’ Wan Ismail, bapa mertua Anwar, seorang yang cukup setia pada UMNO, pegawai yang dedikasi, kini diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi SAAG.
Kita tidak akan bercakap jika sebelum Anwar berkuasa semua keluarganya memang sudah aktif dalam dunia perniagaan. Semua mereka hanya aktif dalam dunia perniagaan apabila Anwar berkuasa di Kementerian Kewangan. Dulu Anwar kutuk Daim kerana membina empire perniagaan diri dan anak buahnya. Bagaimana pula Anwar? Sudahlah bapa dan adik beradik, pegawai-pegawai di sekelilingnya termasuk Dato’ Ishak Ismail, Dato’ Sharit Jusof, Dato’ Nazeri Abdullah, Dato’ Kamaruddin Jaafar, Dato’ Khalid Ahmad juga syarikat gergasi MRCB.Anwar dan orang-orangnya juga kutuk anak–anak Dr. M yang menceburi dalam perniagaan. Tidakkah Anwar tahu bahawa pendidikan dan ijazah mereka adalah bidang perniagaan? Dr. M tidak pernah memberi kemudahan apa-apa kepada mereka.Tidak ada satu pun projek penswastaan, yang begitu banyak diluluskan, dapat pada anak-anak Dr. M. Lupakah Anwar bahawa Dr. M juga ramai adik-beradik. Apa ada pada Pak Mahadi. Ada ada pada Pak Mashur. Hingga semua kakak Dr. M menumpang dengan beliau. Mereka juga kutuk Dr. Hasmah.
Tapi ingat sikit bahawa keluarga Tok Penghulu Pak Ali memang sudah lama terlibat dengan dunia perniagaan. Siapa yang tak kenal Tun Ismail Ali, Aziz Ali, Jaafar Ali dan Zaleha Ali. Dari zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, mereka sudah terlibat dengan dunia perniagaan.Jadi Anwar jangan cuba tepuk dada yang dia bersih dari membina kekayaan keluarga dan sahabat sendiri. Belum jadi pemimpin nombor satu sudah berlebih-lebihan. Buat majlis hari raya pun mesti setaraf dengan YAB Perdana Menteri. Inilah orang tua-tua kata, bersila dulu sebelum duduk. Ingatlah sedikit apa jadi pada Shah Iran, Marcos dan Suharto. Mereka jatuh dan akan jatuh kerana rakyat.Anwar Ibrahim dan Wawasan Dr. MAnwar sungguh bijak berlakon. Depan Dr. M dia bercakap berlagak semacam dia tatang dan sanjung Dr. M. Macam benar-benar dia terhutang budi kepada Dr. M – kerana bawa dia masuk UMNO, beri pangkat, sokong masa lawan Dato’ Haji Suhaimi dan membenarkan dia buat gerakan jatuhkan Pak Ghafar. Anwar belum puas hati. Anwar berjiwa besar. Pada masa ini Anwar baling batu sembunyi tangan kerana dia tahu bahawa untuk menjatuhkan Dr. M bukan satu perkara yang mudah. Dia guna taktik dengan mewujudkan isu-isu, cerita-cerita negatif dan palsu terhadap Dr. M... walau dalam negeri dan luar negeri di mana dia berharap akan melemahkan semangat Dr. M. Berharap Dr. M merajuk. Dr. M jauh hati dan putus asa. Akhirnya Dr. M berundur. Guna Utusan Malaysia, guna Berita Harian, guna majalah Tamadun, guna Asiaweek, guna Newsweek, guna beberapa pegawai kerajaan, guna beberapa ahli politik, untuk caci maki dan memburuk-buruknya Dr. M.Bila Dr. M lantik Tun Daim sebagai Pengarah Urusan MTEN, Anwar tidak senang hati. Tapi dia berpura-pura.
Depan Dr. M setuju, tapi belakang dia kutuk. Projek Cyberjaya dan MSC, banyak rungutan, Anwar tidak memberi kerjasama. Seolah-olah nak melengah-lengahkan MSC. Kalau Dr. M sudah tidak ada, Anwar ambil alih, Cyberjaya akan terbengkalai, MSC akan hancur dan mungkin Putrajaya tidak akan menjadi kenyataan.Bila Dr. M syorkan dalam MKT agar elakkan pertandingan Ketua Bahagian bulan Mac ini. Anwar tidak setuju. Ini kerana Anwar ada agenda besar yang tersendiri. Ini kerana Anwar mahu memastikan orang-orangnya jadi Ketua Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian dan Ketua Wanita Bahagian bagi menyiapkan diri bagi tahun 1999. Kita tahu dia arah Fuad Hassan lawan Zaleha Ismail, Dato’ Zainal lawan Anuar Musa, Kamaruddin Jaafar lawan Mansor Salleh, Dr. Shafie lawan Dato’ Fatah. Jika Timbalan Ketua Bahagian bukan orangnya dia akan cari calonnya untuk lawan.Masa Depan UMNOSaya merayu sangat pada Dr. M agar termenung sejenak akan nasib UMNO bila Dr. M sudah tiada dan Anwar mengambil alih. Anwar adalah UMNO celup, bukan UMNO sejati. Anwar jadikan UMNO sebagai kuda tunggangannya ke mercu cita-citanya. Darah daging serta semangatnya tidak sebati dengan UMNO.
Bukan macam Dollah Badawi, Najib, Sanusi, Wan Mokhtar, Abu Hassan dan Shahidan Kassim yang sanggup mati kerana UMNO.Yang sedih anwar dikelilingi oleh mereka yang bukan lahir sebagai ahli UMNO sejati tapi ahli UMNO celup dari ABIM atau PKIM atau kawan-kawan lama Anwar yang melihat peluang untuk keuntungan peribadi. Bila Anwar berkuasa orang-orang inilah yang akan memegang tampuk pemerintahan. Orang-orang UMNO jati akan diketepikan dan akhirnya UMNO akan menjadi lemah. Anwar selama menjadi TPM, lebih banyak mewujudkan musuh daripada kawan. Dia lebih banyak menyakiti perasaan kawan-kawan dari memberi peransang dan nasihat kepada mereka.Anwar Ibrahim sejak jadi TPM bertukar sikap, bertukar perangai. Dia mulai sombong, mulai bongkak, mula tunjuk belang tidak sabar-sabar. Pandai berlakon depan Dr. M tapi di belakang orang-orang suruhannya mencaci dan mengutuk Dr. M. Sanggup upah penulis buat cerita buruk terhadap Dr. M dalam negeri mahupun luar negeri.Kalau hati perut Siam itu hijau, hati perut Anwar lagi hijau.
Kalau hati perut Yahudi itu busuk sehingga dilaknat oleh Allah s.w.t. , hati perut Anwar lagi busuk.Saya tulis ini semua bukan dapat untung apa-apa tapi semata-mata kasihan lihat Dr. M penat lelah bangunkan negara, tingkatkan kehidupan rakyat, bawa negara terkenal di seluruh dunia, tiba-tiba akan dihancur, dilebur, ditanam oleh manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Kasihan rakyat, kasihan pejuang-pejuang UMNO yang sudah tidak ada.....menahan kemaraan nafsu besar Anwar Ibrahim.Dr. M jangan ingat Anwar akan menyambung wawasan Dr. M..... menghancurkannya adalah Wawasan Anwar.Dr. M, lupakah sejarah Presiden Amerika Trumman. Bila Trumman dikalahkan oleh Eiseinhower. Eiseinhower tidak mahu menghadiri farewell dinner Trumman dan penyerahan kuasa kepada Eiseinhower. Akhirnya Trumann keluar dari White House ke stesen keretapi tanpa pengiring, tanpa pembantu. Angkut beg sendiri. Tiada juga siapa yang menyambut Trumman bila sampai ke kampungnya, baharulah ada orang kampungnya sendiri menyambut kepulangannya.Anwar akan buat Dr. M lebih dahsyat dari itu. Kalau umur kita panjang sama-samalah kita saksikan.Saya telah lama kenal Anwar. Saya telah lama mengikuti sejarah hidupnya.
Kalau Dr. M tidak berwaspada, apa yang saya ramalkan ini akan terjadi.Wahai Dr. M, luangkan sedikit masa Dr. M untuk memikirkan gejala ini. Terlalu besar jasa Dr. M terhadap bangsa dan negara. Janganlah bakti dan jasa itu terkubur begitu sahaja. Ingat sedikit ahli-ahli UMNO yang telah banyak berjasa pada UMNO....tanpa menerima ganjaran apa-apa. Janganlah mereka disisih oleh Anwar dan konco-konconya, yang dahagakan kuasa.
Wassalam
Walaupun ini surat layang dahulu tetapi tidak mungkin ianya boleh berlaku.ANWAR IBRAHIM hanya bermimpi untuk itu.beliau tidak LAYAK sama sekali untuk menjadi seorang PERDANA MENTERI.Beliau adalah perosak bangsa dan agama.Pelik dengan tindakan "peminat fanatiknya" yang terlalu taksub semua kata-katanya.ANWAR adalah pemidato terbaik.jadi tidak hairan kata-katanya dapat mempengaruhi lebih 30000 penyokong di permatang pauh dan di lebih 100000 penyokong beliau di Malaysia.
Semoga angan2 ANWAR tidak menjadi realiti.Kita tunggu dan lihat

Friday, September 5, 2008

SAHABAT KAWAN DAN HIPOKRIT

pada post yang lalu,ku menulis mengenai lumrah hidup di dunia.post kali ni,continue dari post yang lalu,melihat pada tajuk mungkin berlaku kekeliruan sedikit bukan?Definisi SAHABAT : seorang kawan,yang tidak akan memalukan kawannya kepada orang lain atau dengan kata lain,dia ni tak hipokrit,akan berada disis kawannya walaupun apa keadaan sekalipun walaupun ianya mungkin akan memalukan dirinya.Defini KAWAN :hanya bersama kita untuk keperluan sesuatu.contoh (kawan sekelas,teman sepejabat dll).Dia mungkin sanggup memalukan kita samada di belakang atau dihadapan kita sendiri. Semua SAHABAT adalah KAWAN tetapi bukan semua KAWAN adalah SAHABAT. Title "kawan" biasanya berada dalam golongan hipokrit.mereka akan berlagak mesra,baik tetapi di belakang kita?Hanya tuhan yang tahu.Jahatnya golongan ini.Hinanya kita di belakang kita.Maaf,mungkin terlalu kasar tetapi itulah hakikat yang sebenarnya.Penilaian sahabat sangat sukar.mungkin lebih sukar dari final exam,SPM atau STPM ! Walau sejuta kawan kita nak cari sahabat sorang?mungkin 0.99%!! Sekarang,disekilingku ramai golongan KAWAN yang dimaksudkan.Fitnah , Caci, Maki semua jadi makanan untuk mereka. Dengan mudah,apabila masa aku senang ... berebut mereka kat sekelilingku kononnya AKU KAWAN KAU! namun,apabila hanya sedikit kesilapan atau ketika ku susah . dimana mereka aku pun tak tahu !? HILANG ! dan lebih memeranjatkan . mereka yang aku sayang selama ini, penyebar kepada segala fitnah dan turut menikamku dari belakang . Aku tidak pernah sangka! tetapi... aku redha ... mereka tidak pernah menilai segala titik peluh,wang ringgit yang dihamburkan demi kawan-kawan. Harap tiada manusia hipokrit lagi .

Tuesday, September 2, 2008

hidup seorang insan

hidup ini kadangkala dilanda 'tsunami' dugaan,masalah dan cabaran tanpa diduga kehadirannya. Orang akan mula berkata , "sabarlah, itu semua dugaan dan ujian Allah SWT untuk hambanya. tapi hakikatnya, yang merasakan semua itu adalah kita sendiri.Bukan mudah untuk menghadapinya.Malah,saya sendiri saya telah melaluinya.ketika inilah,kita dapat menduga,sipa kawan dan musuh dan manusia yang bergelar HIPOKRIT.ketika kita diancam dan dibawa arus tsunami ini,Hanya satu perlu ada dalam fikiran,Allah SWT.Mungkin selama ini kita lupa kepadanya.Setelah segalah kenikmatan yang diberikan selama ini.Kita agak alpa.mungkin terlalu seronok dengan kebahagiaan yang dimiliki.kita menongkah arus tenang apabila kita ketahui siapa yang bakal menduga kita.Jika kita lupa ketika kesulitan yang diujiNYA bakal menimpa kita.Mungkin apabila tsunami itu datang kita rela untuk mengikut sahaja dan pilihan yang ada adalah melawan takdir-BUNUH DIRI.perkara ini perlu dijauhi maka persiapkan dirimu walau pelbagi dugaan yang datang.bak kata ibuku,malah pesannya setiap kali aku berhubung dengannya,"PREPARE FOR THE WORST,DONT REGRET WHEN THE TROUBLE MAKE YOU DOWN!".kata-katanya hanya ku fahami setelah melaluinya.Kini,baru ku sedar antara KAWAN dan SAHABAT.Paling ku tidak sangka,orang yang paling ku benci suatu ketika dahulu adalah SAHABAT dan orang yang paling ku syang adalah GUNTING DALAM LIPATAN KU SENDIRI.Memang pelik dunia bukan?tapi inilah realitinya!Aku terus berharap untuk menjadi lebih matang melalui dugaan masalah dan cabaran ini.Semoga aku menjadi lebih baik.Aku sedang sedang muhasabah diri tentang diriku.Aku mohon maaf sekiranya ada salah dan silap.Tiada manusia yang sempurna,pada luaranku sempurna malah bersyukur tetapi dalam lubuk hatiku,tiada yang tahu.

Tuesday, August 19, 2008

Majlis Konvokesyen IIC Ke 8

majlis konvokesyen kolej antarabangsa IKIP 2008 berlangsung dengan jayanya di Dewan Jubli Perak sultan ahmad Shah Kuantan pahang pada 16 ogos lalu yang dirasmikan oleh YB Menteri Besar Pahang,Dato' Sri Adnan yaakob. Memang best masa am pergi kat konvo ni.konvo ni start lebih kurang jam 10 pagi.masa tu dewan dah penuh tau ngn parent n staf kolej.am dapat tempat paling hadapan,belakang VIP dan sebelah Media.orang lain kene duk blakang am dapat pas khas sebab kak wan (pegawai HEP) bawak saya samapai ke depan sana.ahaks. nak upload gambar internet masalah.lambat.xpe pada blog akan datang,am akan upload gambar sekali dengan video k.hurm..sepanjang majlis berlangsung,tiada cacat celanya malah YB MB Pahang siap buat lawak kat atas pentas.so xde lah boring masa die berucap tu.cuma agak dikesalkan sedikit ucapannya berbaur politik tapi dalam hatiku berdetik,Madam Zimah mungkin agak terasa dengan kata2nya.yelah ,kalu bab politik dia memang agak tersentuh sikit.entah.huhu. yang membanggakan graduan yang menerima anugerah pelajar terbaik dan anugerah menteri besar adalah dari kursus wartawan itu sendiri.itu sangat membanggakan am sebagai pelajar kewartawanan kolej tersebut.khabar angin yang mengatakan majlis akan memainkan lagu patriotik kolej tidak kedengaran langsung.salah satu tujuan kehadiran ku adalah untuk mendengar lagu tema kolej tetapi hampa.katanya kos membuat lagu tersebut hampir dengan sebuah kereta nasional iaitu RM45 K. agak mahal bukan?ntah lah.. minggu ni,aku terpaksa 'bercuti' untuk beberapa hari kerana masalah keluarga yang mungkin tiada jalan penyelesaiannya.aku bingung!