Sunday, March 29, 2009

LIMA BELAS

Buat pertama kali dalam sejarah negara Malaysia dalam pilihanraya 15 calon bertanding untuk merebut hanya satu kerusi. ini jarang2 kali berlaku tetapi terjadi ketika penamaan calon yang diadakan semalam untuk merebut kerusi Bukit selambau selepas kerusi tersebut kosong selepas penyandang sebelum ini dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) V Arumugam . Saya sebagai pemerhati dan juga rakyat melihat ini suatu perkara yang agak mengejutkan walaupun tidak mustahil. bagi saya ini mungkin berikutan pemilihan calon PKR tidak disenangi ramai. rata-rata calon BEBAS yang bertanding adalah dari PKR sendiri. Namun proses demokrasi yang bakal berlangsung April nanti pastinya menjadi medan pertaruhan untuk membuktikan BN yang telah berjanji untuk berubah. kehadiran dan kemasukan semula Tun Dr mahthir ke dalam UMNO amat disambut baik malah cadangan Datuk Seri Najib untuk memberi jawatan kepada Tun Mahathir dan Pak Lah ke dalam kerajaan dan parti sangat disambut baik kerana saya merasakan selama ini Tun ibarat dipinggirkan nasihat beliau tidak didengari sesiapa. Saya berharap proses 3 pilihanraya ini berjalan lancar dan aman . p/s : dah lama tak dengar perdana menteri angan-angan ... mana dia???

No comments: