Friday, February 6, 2009

Kerajaan Perak Milik BN

Secara rasminya negeri PERAK kini milik BN.
Keadaan politik negara semakin tenat kerana usaha lompat parti seperti yang di canang DSAI dahulu pada 16 September.
Hari ni ? dah kena batang hidung DSAI sendiri.Aduyai.
Adakah mungkin tuduhan dari PAKATAN RAKYAT yang Datuk Seri Najib Razak (DSNR) membeli 4 wakil Adun PR keluar parti dan sertai BN dengan RM 50 juta!?
Perghh!Banyak tu..kalau bagi penulis macam saya ni pun nak! Makan seumur hidup tak habis beb! bagi anak2,cicit2,piut2...pun still x habis lagi...
Saya harap BN tidaklah terlalu terdesak untuk berbuat demikian...DSNR bakal menjadi PM bulan Mac ni..Apa nasib rakyat Malaysia?adakah terbela?Bagaimana dengan rasuah?
Sebenarnya rasuah telah sebati dalam dunia Melayu ni. Malah dari kecik pun dah diberi rasuh.buat ni, dapat ni..so tak boleh elak..tapi, pandangan saya persepsi ini pasti boleh berubah dengan adanya beberapa cara untuk menanganinya.
Kepada DSNR, jangan contohi Pak Lah. Pak Lah terlalu "baik". Dengar nasihat TUN MAHATHIR dan beberpa pemimpin terdahulu. BN jatuh kerana suka dengar telunjuk luar, ikut macam lembu ditarik hidung.
Penulis bukanlah seorang yang orang kuat BN dan bukanlah juga orang kuat PR. Lebih selesa di jalan tengah.Mana yang betul kita ikut.

Thursday, February 5, 2009

CINTA 69

SALAM to all readers! <br> Eyami Production sedang menunggu keputusan pihak Astro Entertainment untuk menerima filem pendek kami untuk bersaing dalam Astro Kirana Short Film Award.
CINTA 69 merupakan sebuah cerita yang menceritakan mengenai kisah hidup seorang lelaki yang bernama FARISH yang mengamalkan gaya hidup songsang di mana beliau mempunyai hubungan sejenis tetapi beliau dipaksa berkahwin dengan piliha ibunya yang juga seorang datin. FARISH dipertemukan dengan seorang pengkid yang bernama AREENA yang juga wedding planner untuk pasangan yang baru berkenalan dua hari tetapi mereka dilamun cinta.bagaimana kehidupan dan halangan yang perlu dilalui???
Doakan filem kami berjaya.
producer, eyami production.