Friday, April 17, 2009

Kabinet Rakyat Kerajaan Malaysia 2009

Salam To all readers. Seminggu yang lalu Najib mengumumkan barisan kabinet yang baharu. yang dinamakan Kabinet Rakyat. PERDANA MENTERI: Datuk Seri Najib Tun Razak TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI 1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi) 2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen) 3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi) 4. Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam) Timbalan-timbalan Menteri: 1. Datuk Liew Vui Keong 2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim 3. Datuk S.K. Devamany 4. Ahmad Maslan 5. T.Murugiah MENTERI KEWANGAN: Datuk Seri Najib Tun Razak MENTERI KEWANGAN II: DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH Timbalan: 1. Datuk Chor Chee Heung 2. Datuk Dr Awang Adek Hussin MENTERI PELAJARAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan: 1. Datuk Dr Wee Ka Siong 2. Dr Mohd Puad Zarkashi MENTERI PENGANGKUTAN: Datuk Ong Tee Keat Timbalan: 1. Datuk Abdul Rahim Bakri 2. Datuk Robert Lau Hoi Chew MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI: Tan Sri Bernard Dompok Timbalan: 1. Datuk Hamzah Zainudin MENTERI DALAM NEGERI: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Timbalan: 1. Datuk Wira Abu Seman Yusop 2. Jelaing anak Mersat MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN: Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim Timbalan: 1. Datuk Joseph Salang Gandum 2. Senator Heng Seai Kie MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR: Datuk Peter Chin Fah Kui Timbalan:Noriah Kasnon MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: Datuk Seri Shafie Apdal Timbalan: 1. Datuk Hassan Malek 2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun MENTERI PENGAJIAN TINGGI: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin Timbalan: 1. Datuk Dr Hou Kok Chung 2. Datuk Saifuddin Abdullah MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI: Datuk Mustapa Mohamed Timbalan: 1. Datuk Mukhriz Mahathir 2. Datuk Jacob Dungau Sagan MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI: Datuk Dr Maximus Ongkili Timbalan:Fadillah Yusof MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: Datuk Douglas Uggah Embas Timbalan:Tan Sri Joseph Kurup MENTERI PELANCONGAN: Datuk Ng Yen Yen Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI: Datuk Noh Omar Timbalan: 1. Datuk Johari Baharum 2. Datuk Rohani Abdul Karim MENTERI PERTAHANAN: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan:Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad MENTERI KERJA RAYA: Datuk Shaziman Abu Mansor Timbalan:Datuk Yong Khoon Seng MENTERI KESIHATAN: Datuk Liow Tiong Lai Timbalan:Datuk Rosnah Rashid Shirlin MENTERI BELIA DAN SUKAN: Datuk Ahmad Shabery Cheek Timbalan: 1. Datuk Razali Ibrahim 2. Wee Jeck Seng MENTERI SUMBER MANUSIA: Datuk Dr S.Subramaniam Timbalan:Datuk Maznah Mazlan MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA: Datuk Ismail Sabri Yaakob Timbalan:Datuk Tan Lian Hoe MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN: Datuk Kong Cho Ha Timbalan:Datuk Lajim Ukin MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT: Datuk Seri Sharizat Jalil Timbalan:Datin Paduka Chew Mei Fun MENTERI LUAR: Datuk Anifah Aman Timbalan: 1. A.Kohilan Pillay 2. Datuk Lee Chee Leong MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Timbalan:Datuk M.Saravanan

Saturday, April 4, 2009

Najib, Ekonomi dan Politik Malaysia

Sejak semalam, pelbagai berita baik diterima baik rakyat Malaysia umumnya termasuk saya. Tahniah buat Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak yang dilantik menjadi Perdana Malaysia ke enam menggantikan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang bersara mulai semalam, 2 April 2009.
Datuk Seri Najib, anak kelahiran negeri Pahang dan walaupun saya bukan anak Pahang, Pahang sebuah negeri yang perlukan pembaharuan terutama Kuantan dan negeri Pahang, antara sebuah negeri yang paling banyak berhutang dengan kerajaan Pusat. Walaupun saya hanya baru tinggal di Kuantan selama beberapa tahun, rata-rata penduduk mahukan pembaharuan.
Kuantan terutamanya, mempunyai jaringan jalan yang sangat teruk pada pendapat saya berbanding ibu negeri yang lain yang telah saya pergi sebelum ini. Kedudukan Pasar Utama di tengah bandar yang hanya bersebelahan dengan Pasar Daging Babi sangat menjengkelkan bagi saya. Selain itu, Kompleks Terminal Makmur yang antara tempat pertama pelancong akan pijakkan kaki sangat teruk dan meloyakan. Bau hancing dan sampah sarap merata langsung tidak dipedulikan Majlis Perbandaran Kuantan MPK. Malah perlu satu pembaharuan dan menaiktarafan Bandar Kuantan untuk dijadikan Bandaraya dan menjadikan Bandaraya Kuala Terengganu sebagai contoh.
Apa yang telah dilakukan Tun Abdullah dahulu selepas menerima tampuk pemerintahan dari Tun Dr Mahathir telah pun dilakukan Datuk Seri Najib selepas menjadi Perdana Menteri iaitu membebaskan sebahagian tahanan ISA. Datuk Seri Najib membebaskan 13 tahanan ISA dan tarik balik larangan Harakah dan Suara Keadilan yang telah dibekukan sebelum ini. Dan pastinya parti pembangkang akan mengata bahawa ini pastinya untuk menarik pengundi untuk mengundi BN pada 3 Pilihanraya Kecil yang akan berlangsung Selasa ini. Ini pastinya dan pelbagai tohmahan akan keluar. Kesian pada mereka. Kalau Najib tak buat salah, Buat pun Salah. Apa mereka boleh buat?
Kemasukan semula Tun Dr Mahathir dan keluarga dalam UMNO sangat diterima baik dan saya berharap kehadiran Tun Dr Mahathir ke dalam UMNO pastinya ada ‘something to be covered’ terutama politik wang kerana saya mendapat pelbagai laporan mengenai kemenangan beberapa pihak melibatkan wang.
Saya sebagai rakyat yang sentiasa memerhatikan aliran politik negara dan sebagai wartawan bebas berharap sesuatu pembaharuan akan berlaku dengan pemerintahan baharu ini. Semoga pihak pembangkang dan orang gila kuasa tidak merosakkan perjalanan politik aman negara sekarang ini. Semoga juga, ekonomi negara akan pulih tidak lama lagi.