Sunday, March 29, 2009

LIMA BELAS

Buat pertama kali dalam sejarah negara Malaysia dalam pilihanraya 15 calon bertanding untuk merebut hanya satu kerusi. ini jarang2 kali berlaku tetapi terjadi ketika penamaan calon yang diadakan semalam untuk merebut kerusi Bukit selambau selepas kerusi tersebut kosong selepas penyandang sebelum ini dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) V Arumugam . Saya sebagai pemerhati dan juga rakyat melihat ini suatu perkara yang agak mengejutkan walaupun tidak mustahil. bagi saya ini mungkin berikutan pemilihan calon PKR tidak disenangi ramai. rata-rata calon BEBAS yang bertanding adalah dari PKR sendiri. Namun proses demokrasi yang bakal berlangsung April nanti pastinya menjadi medan pertaruhan untuk membuktikan BN yang telah berjanji untuk berubah. kehadiran dan kemasukan semula Tun Dr mahthir ke dalam UMNO amat disambut baik malah cadangan Datuk Seri Najib untuk memberi jawatan kepada Tun Mahathir dan Pak Lah ke dalam kerajaan dan parti sangat disambut baik kerana saya merasakan selama ini Tun ibarat dipinggirkan nasihat beliau tidak didengari sesiapa. Saya berharap proses 3 pilihanraya ini berjalan lancar dan aman . p/s : dah lama tak dengar perdana menteri angan-angan ... mana dia???

Friday, March 27, 2009

PILIHANRAYA MTP IKIP INTERNATIONAL COLLEGE

pilihanraya kolej akan berlangsung pada 1 April 2009 bertempat di kampus masing-masing. Saya tercalon bagi kerusi EXCO. Antara manifesto yang bakal saya ketengahkan ialah menjadikan MTP sebuah badan bebas yang dapat bersuara untuk membela masalah yang di hadapi pelajar selain mengaktifkan aktiviti kolej ke peringkat yang lebih tinggi dan menaikkan nama kolej di antara kolej yang terulung.wah! berangan jer saya ni. tapi saya akan membuat sebaik mungkin untuk kebaikan bersama pelajar dan warga ikip international college.tapi melihatkan saingan yang kuat di semua peringkat agaknya kuatkah pengaruh ABDUL MUHAIMIN ini? tunggu dan lihat sahajalah.okay?

Monday, March 9, 2009

salah ke PPSMI??

SALAM to all readers Terima Kasih lah sebab selalu updat saya punya blog Ni isu PPSMI ni tak habis2 lagi...saya nak tanya salah ker PPSMI tu? walhal, kalau kata bahasa ibunda rosak, ia dibuat dwi bahasa kan?? kalau istilah sains dan matematik ni di melayukan... Ya Allah teruk bunyi nyer..malah mancacatkan bahasa Melayu tu sendiri..anda bleh tengok dan tengok sendiri. untuk makluman saudara, saya merupakan pelajar tahun terakhir yang menggunakan Bahasa Melayu untuk Sains dan Matematik..Saya sendiri kadang2 bingung nak faham sebab bila masuk universiti dah english..jadi? faham sendiri lah... Mungkin perlu pindaan pada PPSMI...tapi janganlah dipolitikkan isu PPSMI ni..yang menjadi mangsa adalah pelajar...bayanglah..kejap english them malay...tak ker bengong kepala hotak diorang???aduhai... Wahai Rakyat Malaysia...jangan sempitkan fikiran...jangan nak ambik kesempatan jer...!!!!!

Sunday, March 8, 2009

Raja dan Sultan

Dengan Kerasnya, saya sebagai Rakyat Malaysia dan orang Melayu, JANGAN NAFIKAN HAK _ HAK SEORANG RAJA DAN SULTAN!!!!!!!!!!!!

Tuesday, March 3, 2009

Bawah Pokok Pun Jadi Lah...

semakin hari semakin mengarut bertambah pening kepala duk mikir pasal politik sekarang ni terutama kat perak neh ha! aduyai..gila..gila...
dek kerana terlalu terdesak dan taksub nak buat kononnya 'sidang dun tergempar' dan tak bleh nk sabar agaknya...diorang buat sidang dun bawah pokok mempelam...agak kelakar dan sangat kelakar!
kalu ikut perkembangan politik kat perak neh, banyak menda kita dapat lihat...kebanyakan seakan dirancang teliti tau?
entahlah..bila nak maju MALAYSIA ni pun..tak tahu lah..saya hanya kan menjadi pemerhati sahaja...bukan apa, mana2 parti pun kalu parti tu betul, saya akan sokong..
pening...confuse...to sape2 yang berkenaan tu..tolonglah..sebagai rakyat...saya tak mahu semua ni berlaku...saya tak mahu melayu berpecah...nak jadi palestin ker? nk dijajah dgn singapore yang dah macam israel asia tenggara?aduhai! bangkitlah...
tak usah lah nak derhaka kat raja segala...raja tu tak kacau orang pun..biarlah dia duduk diam2...lagipun..ingatlah MELAYU...kalau raja atau sultan ni tak ada..Malaysia akan jadi singapore...sebuah negara republik..kaum lain leh senang2 je tau nk jadi pemerintah! so fikirlah...teruk mana pun raja atau sultan tu biarlah...nak buat mcam mana..cuma doa agar baginda sedar...yang baginda hidup kerana rakyat dan untuk rakyat jelata...patik mohon ampun kalau yang membaca adalah dari kalangan raja... terima kasih!