Thursday, October 16, 2008

CELCOM U.O.X

sebagai pelanggan setia celcom sejak dari sekolah lagi...
memperkenalkan
celcom u.o.x - celcom university of x pax
yang hanya untuk 25tahun ke bawah!!!
percayakah anda rates yang diberikan untuk pengguna CELCOM UOX ini????
JIMAT BEB!! AM dah guna UOX hampir 6 bulan dah siap promote satu college.Ni Am baru jer ambik lagi 100 UOX untuk student my college.BEST siOtt!!!
cepat tau! MAC 2009..

Thursday, October 9, 2008

Paklah dan Malaysia

Seperti yang sedia maklum, Datuk Seri Abdullah Badawi mengumumkan pengundurannya pada Mac 2008. Ramai yang gembira dengan khabar itu, dan pastinya rakyat seperti saya juga berasa sebegitu.Maaf,bukan untuk mengutuk kepimpinan beliau tetapi realiti yang harus diterima dan beliau membuat pengorbanan terbesar.Beliau sebenarnya agak bagus memimpin tetapi kita memerlukan perubahan dan saya tidak rasa beliau membuat keputusan secara paksa.Beliau sendiri mengakui bahawa salah satu sebab pengundurannya ialah untuk memberi peluang kepada Datuk Seri Najib dan kekalahan terbesar BARISAN NASIONAL selama LIMA dekad pemerintahan barisan paling teguh selama ini pada pilihanraya Mac lalu.Jadi 1 Tahun selepas pilihanraya beliau mengundur diri. Malah saya sebagai pemerhati politik negara merasakan pengunduran beliau mempunyai beberapa perubahan yang berlaku . kini, saya akan melihat sejauh mana Datuk Seri Najib dapat mengubah tanggapan rakyat terhadap Barisan Nasional. apa jadi pada "PERDANA MENTERI ANGAN-ANGAN"??????

Monday, October 6, 2008

SYAWAL dan pengertian

KINI kita berada di 6 syawal.sudah enam hari..terasa bagaikan baru sehari ianya berlalu.. manusia sana sini sibuk memohon ampun sesama sendiri dan sebelah pihak lagi memaafkan.. adakah mereka ikhlas? hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu. semoga syawal kali ini memberi pengertian yang sungguh bermakna. Alangkah bahagianya kalau setiap hari seperti syawal? tiada perbalahan,porak poranda, masalah dan lain-lain.. manusia sibuk menunjukkan siapa lebih hebat,siapa yang terbaik... sesungguhnya hanya ALLAH SWT maha kuasa,maha Agung... kepada perosak bangsa..pencetus masalah ingatlah, adakah kita akan temui Syawal sekali lagi?fikirkanlah...
jangan pandang belakang pabila kita pantas berlari.....namun harus diingatkan, jangan yang turu berlari itu, bayang-bayang sendiri bukan kejayaan yang mengiringi..