Tuesday, September 30, 2008

SELAMAT HARI RAYA

am wishing you..
selamat menyambut hari raya aidilfitri
mohon maaf zahir dan batin
atas segala kesilapan,termakan,terambil,terkutuk dll
yang lahir dari diri AM sendiri.
sesungguhnya di hari mulia ini hari yang baik untuk memaafkan.
salam aidilfitri am sekeluarga.

Monday, September 22, 2008

Anwar Ibrahim . 16 September ...

Kalian sedia maklum lah kan... Anuar tak jadi pun PERDANA MENTERI MALAYSIA KE ENAM seperti yang beliau war-war kan. Malah memberi pelbagai alasan kononya banyak menghalangnya. pelik kerajaan sudah cukup berlembut dengan DSAI. Malah ikut sahaja angin melintang DSAI. Beliau berkata ingin berjumpa dengan PAK Lah untuk menyerahkan nama ahli parlimen yang akan bertukar menjadi KATAK. tetapi PAKLAH menolak kerana beliau sudah cukup masak dengan perangai DSAI. DSAI berkata jika PAKLAH tidak membuat Sidang Khas Parlimen untuk membentang usul tidak percaya kepada PAKLAH tersebut 23 September ini, beliau akan berbincang dengan MT PKR untuk tindakan lanjut. Apabila media bertanya kepada DSAI kenapa tidak tunggu parlimen yang akan bersidang selepas Aidilfiri nanti beliau memberi alasan rakyat tidak mempercayai kepimpinan PAKLAH lagi. Pelik.Tapi inilah hakikat DSAI.Sepatutnya umat Islam berlumba mengejar ibadat di bulan RAMADHAN ini. Ini kan tidak..sibuk nak jadi PERDANA MENTERI. Then JUAL negara ini ke negara luar.Apa kes?? Saya sebagai wartawan bebas, tidak menyokong mana-mana parti politik tetapi hanya pendapat peribadi terhadap batas normal yang dilakukan ahli atau parti politik tersebut. Terima Kasih
Salam Aidilfitri Dari Saya,AM Maaf Zahir Dan Batin

Wednesday, September 10, 2008

BERHASILKAH KERAJAAN 16 SEPTEMBER ANUAR????

surat layang yang dipetik dari anuaribrahimdotcom.blogspot.com.Sila baca dan perhatikan betul2...
Ahmad Lutfi Othman
Nota : Rencana ini dipetik dari buku "Layakkah Anwar Ketuai Reformasi", tulisan Agmad Lutfi Othman, Penerbitan Pemuda, 1998. Sekarang beliau Ketua Pengarang HarakahSurat layang ini ditujukan kepada Perdana Menteri, Mahathir Mohamad. Ia mungkin bermanfaat untuk pembaca yang selama ini tidak pernah membaca surat layang. Nilailah sendiri isi kandungannya. Yang menarik majalah Tamadun pun turut diseret. Ahmad Lutfi Othman adalah pengarang Tamadun.Pegawai dan kakitangan kerajaan harus patuh pada pemerintahan, terutamanya bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Sayangnya dewasa ini di Malaysia keadaannya sungguh berbeza. Mengapa di masa ini dan tidak di masa lalu. Yang menjadi tanda-tanya kita, adakah mereka digunakan oleh mana-mana pemimpin yang tidak sabar atau ini adalah pendapat mereka sendiri tanpa arahan sesiapa
.Seorang pegawai kanan Kementerian Kewangan yang dulu Ketua Pengarah BTN, lahir di Sitiawan, Perak, bergelar Dato’. Beliau telah memberi satu ceramah kepada semua kakitangan Kementerian Kewangan yang bertemakan kegawatan ekonomi hari ini. Tiba-tiba di hujung ceramahnya, telah dengan terang-terang mengutuk Dato’ Seri Dr. Mahathir. Semua yang hadir tercengang-cengang dan berpandangan antara satu sama lain. Dia telah berkata, Dr. Mahathir sudah tua, sudah nyanyok. Elok sangat mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada pemimpin yang lebih muda, lebih bertenaga dan lebih berkemampuan.Lepas itu dia berkata lagi bahawa kegawatan ekonomi hari ini banyak disebabkan perangai dan tingkah laku orang-orang UMNO yang memaksa kita membuat itu dan ini untuk kepentingan mereka. Macam mana pegawai kanan ini berani benar bercakap begitu rupa di Kementerian Kewangan dan tidak di kementerian-kementerian lain.
Adakah ini isi hati dia sendiri, atau dengan restu pemimpin tertentu yang berkuasa.Adakah Dr. Mahathir hendak berdiam diri lagi. Terlalu ramai pihak individu yang kita beri pangkat, beri kuasa. Tapi tikam Dr. Mahathir dan tikam UMNO di belakang.Dato’ Nazeri Abdullah, anak kampung dari Kedah, diberi pangkat, kuasa dan kekayaan oleh UMNO, hentam Dr. M terang-terang. Melenting Dr. M dalam MKT. Semua ahli MKT setuju Nazeri disingkir. Bila Nazeri balik dari Afrika Selatan, jumpa Dr. M terus minta maaf pada Dr. M, menangis depan Dr. M, Dr. M terus maafkan Nazeri. Dr. M harus sedar, mereka ini pandai berlakon, macam boss mereka juga. Tangisan itu adalah tangisan seakan buaya yang sedang bertapa.Macam mana pula dengan tindakan biadab Dato Sahar Sidik ini, tindakan biadab Dato’ Johan Jaafar, Dato’ Fauzi Rahman, Dato’ Othman Abdul, Dato’ Dr. Affifuddin Omar dan Azmin Ali serta kedua-dua Setiausaha Politik Anwar yang sungguh lantang mengutuk Dr. M. Lihat sahaja isi kandungan majalah Tamadun, semuanya mengutuk Dr. M. Lihat sahaja isi kandungan majalah Tamadun, semuanya mengutuk Dr. M dan memuji Anwar.
Nasib baik Dato’ Megat sudah tidak ada lagi di KDN. Kalau majalah ini sudah lama digantung.Berapa lama Dr. M biarkan tingkah laku mereka ini. Bila datang minta maaf, dimaafkan sahaja. Mereka ini bukan sahaja barah kepada Dr. M dan juga barah dan tokak kepada semua yang sayang pada Dr. M dan UMNO keseluruhannya.Anwar Ibrahim dan UMNOAnwar adalah manusia bercita-cita besar. Cita-citanya nak jadi pemimpin besar negara. Sejarah perjuangannya terbukti, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan cita-citanya tercapai.
Kalau PAS boleh jamin untuk dia capai cita-citanya dia akan masuk PAS. Hatta kalau parti komunis boleh bawa dia mencapai cita-citanya, dia akan masuk parti komunis.Anwar Ibrahim – Falsafah Rasuah dan Kepentingan DiriBaru-baru ini Anwar menasihatkan UMNO supaya jangan melakukan sesuatu untuk kepentingan diri. Sukar untuk menerima nasihat ini. Cuba kita ingat kembali, semua kakitangan pejabat Anwar yang berhenti, semuanya kini sudah kaya raya. Mereka ini bukannya pegawai kanan, Cuma Setiausaha Sulit, Setiausaha Sulit Kanan dan Setiausaha Politik sahaja. Lihatlah Nasaruddin, Sharit Jusoh, Othman, Salamon semua kaya. Kalau Azmin berhenti, jutawanlah dia.Pak Ibrahim, bapa Anwar sekarang ahli korporat yang terkenal. Pengerusi Syarikat IOI, hingga kereta rasmi Pak Ibrahim pakai nombor.... Pengerusi Inovest.
Anwar bagi pula Pak Ibrahim “exclusive exporter” ubat-ubat dari Malaysia untuk dihantar ke Iraq yang bernilai RM20 juta setahun. Anwar tuduh banyak syarikat perumahan tidak buat rumah murah untuk rakyat miskin dan susah. Bagaimana projek perumahan Syarikat IOI di Puchong, langsung tiada projek rumah murah.Rani Ibrahim, abang Anwar, bukan main lagi. Dulu muflis, tapi sekarang pengarah beberapa syarikat termasuk syarikat perjudian Olympia. Rani kini sering kali berada di Golf Couse, bergeser dengan ahli-ahli koperat China. (Dua ayat berikutnya terpaksa dipotong untuk mengelakkan sensitiviti individu terbabit – penyunting).Marzuki adik Anwar sudah kaya raya. Syarikat Inovest, kepunyaan Dato’ Wong (Tengku Wong – Pahang) tidak boleh disenaraikan di KLSE. Bila Tengku Wong bagi Pak Ibrahim dan Marzuki jadi Pengarah, inovest disenaraikan di KLSE. Pak Ibrahim dan Marzuki dapat 30 juta saham dengan harga RM3.00 satu saham. Tidak berapa lama saham ini dijual dengan harga RM6.00 satu saham. Anak beranak dapat untung lebih kurang RM90 juta.Adik perempuan Anwar (Farizon) lain ibu pun sudah cukup senang. Selain daripada pengedar kereta Proton, pengarah beberapa syarikat termasuk Pengkalan Security di mana saham bumi akan diberi kepadanya.Dato’ Wan Ismail, bapa mertua Anwar, seorang yang cukup setia pada UMNO, pegawai yang dedikasi, kini diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi SAAG.
Kita tidak akan bercakap jika sebelum Anwar berkuasa semua keluarganya memang sudah aktif dalam dunia perniagaan. Semua mereka hanya aktif dalam dunia perniagaan apabila Anwar berkuasa di Kementerian Kewangan. Dulu Anwar kutuk Daim kerana membina empire perniagaan diri dan anak buahnya. Bagaimana pula Anwar? Sudahlah bapa dan adik beradik, pegawai-pegawai di sekelilingnya termasuk Dato’ Ishak Ismail, Dato’ Sharit Jusof, Dato’ Nazeri Abdullah, Dato’ Kamaruddin Jaafar, Dato’ Khalid Ahmad juga syarikat gergasi MRCB.Anwar dan orang-orangnya juga kutuk anak–anak Dr. M yang menceburi dalam perniagaan. Tidakkah Anwar tahu bahawa pendidikan dan ijazah mereka adalah bidang perniagaan? Dr. M tidak pernah memberi kemudahan apa-apa kepada mereka.Tidak ada satu pun projek penswastaan, yang begitu banyak diluluskan, dapat pada anak-anak Dr. M. Lupakah Anwar bahawa Dr. M juga ramai adik-beradik. Apa ada pada Pak Mahadi. Ada ada pada Pak Mashur. Hingga semua kakak Dr. M menumpang dengan beliau. Mereka juga kutuk Dr. Hasmah.
Tapi ingat sikit bahawa keluarga Tok Penghulu Pak Ali memang sudah lama terlibat dengan dunia perniagaan. Siapa yang tak kenal Tun Ismail Ali, Aziz Ali, Jaafar Ali dan Zaleha Ali. Dari zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, mereka sudah terlibat dengan dunia perniagaan.Jadi Anwar jangan cuba tepuk dada yang dia bersih dari membina kekayaan keluarga dan sahabat sendiri. Belum jadi pemimpin nombor satu sudah berlebih-lebihan. Buat majlis hari raya pun mesti setaraf dengan YAB Perdana Menteri. Inilah orang tua-tua kata, bersila dulu sebelum duduk. Ingatlah sedikit apa jadi pada Shah Iran, Marcos dan Suharto. Mereka jatuh dan akan jatuh kerana rakyat.Anwar Ibrahim dan Wawasan Dr. MAnwar sungguh bijak berlakon. Depan Dr. M dia bercakap berlagak semacam dia tatang dan sanjung Dr. M. Macam benar-benar dia terhutang budi kepada Dr. M – kerana bawa dia masuk UMNO, beri pangkat, sokong masa lawan Dato’ Haji Suhaimi dan membenarkan dia buat gerakan jatuhkan Pak Ghafar. Anwar belum puas hati. Anwar berjiwa besar. Pada masa ini Anwar baling batu sembunyi tangan kerana dia tahu bahawa untuk menjatuhkan Dr. M bukan satu perkara yang mudah. Dia guna taktik dengan mewujudkan isu-isu, cerita-cerita negatif dan palsu terhadap Dr. M... walau dalam negeri dan luar negeri di mana dia berharap akan melemahkan semangat Dr. M. Berharap Dr. M merajuk. Dr. M jauh hati dan putus asa. Akhirnya Dr. M berundur. Guna Utusan Malaysia, guna Berita Harian, guna majalah Tamadun, guna Asiaweek, guna Newsweek, guna beberapa pegawai kerajaan, guna beberapa ahli politik, untuk caci maki dan memburuk-buruknya Dr. M.Bila Dr. M lantik Tun Daim sebagai Pengarah Urusan MTEN, Anwar tidak senang hati. Tapi dia berpura-pura.
Depan Dr. M setuju, tapi belakang dia kutuk. Projek Cyberjaya dan MSC, banyak rungutan, Anwar tidak memberi kerjasama. Seolah-olah nak melengah-lengahkan MSC. Kalau Dr. M sudah tidak ada, Anwar ambil alih, Cyberjaya akan terbengkalai, MSC akan hancur dan mungkin Putrajaya tidak akan menjadi kenyataan.Bila Dr. M syorkan dalam MKT agar elakkan pertandingan Ketua Bahagian bulan Mac ini. Anwar tidak setuju. Ini kerana Anwar ada agenda besar yang tersendiri. Ini kerana Anwar mahu memastikan orang-orangnya jadi Ketua Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian dan Ketua Wanita Bahagian bagi menyiapkan diri bagi tahun 1999. Kita tahu dia arah Fuad Hassan lawan Zaleha Ismail, Dato’ Zainal lawan Anuar Musa, Kamaruddin Jaafar lawan Mansor Salleh, Dr. Shafie lawan Dato’ Fatah. Jika Timbalan Ketua Bahagian bukan orangnya dia akan cari calonnya untuk lawan.Masa Depan UMNOSaya merayu sangat pada Dr. M agar termenung sejenak akan nasib UMNO bila Dr. M sudah tiada dan Anwar mengambil alih. Anwar adalah UMNO celup, bukan UMNO sejati. Anwar jadikan UMNO sebagai kuda tunggangannya ke mercu cita-citanya. Darah daging serta semangatnya tidak sebati dengan UMNO.
Bukan macam Dollah Badawi, Najib, Sanusi, Wan Mokhtar, Abu Hassan dan Shahidan Kassim yang sanggup mati kerana UMNO.Yang sedih anwar dikelilingi oleh mereka yang bukan lahir sebagai ahli UMNO sejati tapi ahli UMNO celup dari ABIM atau PKIM atau kawan-kawan lama Anwar yang melihat peluang untuk keuntungan peribadi. Bila Anwar berkuasa orang-orang inilah yang akan memegang tampuk pemerintahan. Orang-orang UMNO jati akan diketepikan dan akhirnya UMNO akan menjadi lemah. Anwar selama menjadi TPM, lebih banyak mewujudkan musuh daripada kawan. Dia lebih banyak menyakiti perasaan kawan-kawan dari memberi peransang dan nasihat kepada mereka.Anwar Ibrahim sejak jadi TPM bertukar sikap, bertukar perangai. Dia mulai sombong, mulai bongkak, mula tunjuk belang tidak sabar-sabar. Pandai berlakon depan Dr. M tapi di belakang orang-orang suruhannya mencaci dan mengutuk Dr. M. Sanggup upah penulis buat cerita buruk terhadap Dr. M dalam negeri mahupun luar negeri.Kalau hati perut Siam itu hijau, hati perut Anwar lagi hijau.
Kalau hati perut Yahudi itu busuk sehingga dilaknat oleh Allah s.w.t. , hati perut Anwar lagi busuk.Saya tulis ini semua bukan dapat untung apa-apa tapi semata-mata kasihan lihat Dr. M penat lelah bangunkan negara, tingkatkan kehidupan rakyat, bawa negara terkenal di seluruh dunia, tiba-tiba akan dihancur, dilebur, ditanam oleh manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Kasihan rakyat, kasihan pejuang-pejuang UMNO yang sudah tidak ada.....menahan kemaraan nafsu besar Anwar Ibrahim.Dr. M jangan ingat Anwar akan menyambung wawasan Dr. M..... menghancurkannya adalah Wawasan Anwar.Dr. M, lupakah sejarah Presiden Amerika Trumman. Bila Trumman dikalahkan oleh Eiseinhower. Eiseinhower tidak mahu menghadiri farewell dinner Trumman dan penyerahan kuasa kepada Eiseinhower. Akhirnya Trumann keluar dari White House ke stesen keretapi tanpa pengiring, tanpa pembantu. Angkut beg sendiri. Tiada juga siapa yang menyambut Trumman bila sampai ke kampungnya, baharulah ada orang kampungnya sendiri menyambut kepulangannya.Anwar akan buat Dr. M lebih dahsyat dari itu. Kalau umur kita panjang sama-samalah kita saksikan.Saya telah lama kenal Anwar. Saya telah lama mengikuti sejarah hidupnya.
Kalau Dr. M tidak berwaspada, apa yang saya ramalkan ini akan terjadi.Wahai Dr. M, luangkan sedikit masa Dr. M untuk memikirkan gejala ini. Terlalu besar jasa Dr. M terhadap bangsa dan negara. Janganlah bakti dan jasa itu terkubur begitu sahaja. Ingat sedikit ahli-ahli UMNO yang telah banyak berjasa pada UMNO....tanpa menerima ganjaran apa-apa. Janganlah mereka disisih oleh Anwar dan konco-konconya, yang dahagakan kuasa.
Wassalam
Walaupun ini surat layang dahulu tetapi tidak mungkin ianya boleh berlaku.ANWAR IBRAHIM hanya bermimpi untuk itu.beliau tidak LAYAK sama sekali untuk menjadi seorang PERDANA MENTERI.Beliau adalah perosak bangsa dan agama.Pelik dengan tindakan "peminat fanatiknya" yang terlalu taksub semua kata-katanya.ANWAR adalah pemidato terbaik.jadi tidak hairan kata-katanya dapat mempengaruhi lebih 30000 penyokong di permatang pauh dan di lebih 100000 penyokong beliau di Malaysia.
Semoga angan2 ANWAR tidak menjadi realiti.Kita tunggu dan lihat

Friday, September 5, 2008

SAHABAT KAWAN DAN HIPOKRIT

pada post yang lalu,ku menulis mengenai lumrah hidup di dunia.post kali ni,continue dari post yang lalu,melihat pada tajuk mungkin berlaku kekeliruan sedikit bukan?Definisi SAHABAT : seorang kawan,yang tidak akan memalukan kawannya kepada orang lain atau dengan kata lain,dia ni tak hipokrit,akan berada disis kawannya walaupun apa keadaan sekalipun walaupun ianya mungkin akan memalukan dirinya.Defini KAWAN :hanya bersama kita untuk keperluan sesuatu.contoh (kawan sekelas,teman sepejabat dll).Dia mungkin sanggup memalukan kita samada di belakang atau dihadapan kita sendiri. Semua SAHABAT adalah KAWAN tetapi bukan semua KAWAN adalah SAHABAT. Title "kawan" biasanya berada dalam golongan hipokrit.mereka akan berlagak mesra,baik tetapi di belakang kita?Hanya tuhan yang tahu.Jahatnya golongan ini.Hinanya kita di belakang kita.Maaf,mungkin terlalu kasar tetapi itulah hakikat yang sebenarnya.Penilaian sahabat sangat sukar.mungkin lebih sukar dari final exam,SPM atau STPM ! Walau sejuta kawan kita nak cari sahabat sorang?mungkin 0.99%!! Sekarang,disekilingku ramai golongan KAWAN yang dimaksudkan.Fitnah , Caci, Maki semua jadi makanan untuk mereka. Dengan mudah,apabila masa aku senang ... berebut mereka kat sekelilingku kononnya AKU KAWAN KAU! namun,apabila hanya sedikit kesilapan atau ketika ku susah . dimana mereka aku pun tak tahu !? HILANG ! dan lebih memeranjatkan . mereka yang aku sayang selama ini, penyebar kepada segala fitnah dan turut menikamku dari belakang . Aku tidak pernah sangka! tetapi... aku redha ... mereka tidak pernah menilai segala titik peluh,wang ringgit yang dihamburkan demi kawan-kawan. Harap tiada manusia hipokrit lagi .

Tuesday, September 2, 2008

hidup seorang insan

hidup ini kadangkala dilanda 'tsunami' dugaan,masalah dan cabaran tanpa diduga kehadirannya. Orang akan mula berkata , "sabarlah, itu semua dugaan dan ujian Allah SWT untuk hambanya. tapi hakikatnya, yang merasakan semua itu adalah kita sendiri.Bukan mudah untuk menghadapinya.Malah,saya sendiri saya telah melaluinya.ketika inilah,kita dapat menduga,sipa kawan dan musuh dan manusia yang bergelar HIPOKRIT.ketika kita diancam dan dibawa arus tsunami ini,Hanya satu perlu ada dalam fikiran,Allah SWT.Mungkin selama ini kita lupa kepadanya.Setelah segalah kenikmatan yang diberikan selama ini.Kita agak alpa.mungkin terlalu seronok dengan kebahagiaan yang dimiliki.kita menongkah arus tenang apabila kita ketahui siapa yang bakal menduga kita.Jika kita lupa ketika kesulitan yang diujiNYA bakal menimpa kita.Mungkin apabila tsunami itu datang kita rela untuk mengikut sahaja dan pilihan yang ada adalah melawan takdir-BUNUH DIRI.perkara ini perlu dijauhi maka persiapkan dirimu walau pelbagi dugaan yang datang.bak kata ibuku,malah pesannya setiap kali aku berhubung dengannya,"PREPARE FOR THE WORST,DONT REGRET WHEN THE TROUBLE MAKE YOU DOWN!".kata-katanya hanya ku fahami setelah melaluinya.Kini,baru ku sedar antara KAWAN dan SAHABAT.Paling ku tidak sangka,orang yang paling ku benci suatu ketika dahulu adalah SAHABAT dan orang yang paling ku syang adalah GUNTING DALAM LIPATAN KU SENDIRI.Memang pelik dunia bukan?tapi inilah realitinya!Aku terus berharap untuk menjadi lebih matang melalui dugaan masalah dan cabaran ini.Semoga aku menjadi lebih baik.Aku sedang sedang muhasabah diri tentang diriku.Aku mohon maaf sekiranya ada salah dan silap.Tiada manusia yang sempurna,pada luaranku sempurna malah bersyukur tetapi dalam lubuk hatiku,tiada yang tahu.