Saturday, April 4, 2009

Najib, Ekonomi dan Politik Malaysia

Sejak semalam, pelbagai berita baik diterima baik rakyat Malaysia umumnya termasuk saya. Tahniah buat Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak yang dilantik menjadi Perdana Malaysia ke enam menggantikan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang bersara mulai semalam, 2 April 2009.
Datuk Seri Najib, anak kelahiran negeri Pahang dan walaupun saya bukan anak Pahang, Pahang sebuah negeri yang perlukan pembaharuan terutama Kuantan dan negeri Pahang, antara sebuah negeri yang paling banyak berhutang dengan kerajaan Pusat. Walaupun saya hanya baru tinggal di Kuantan selama beberapa tahun, rata-rata penduduk mahukan pembaharuan.
Kuantan terutamanya, mempunyai jaringan jalan yang sangat teruk pada pendapat saya berbanding ibu negeri yang lain yang telah saya pergi sebelum ini. Kedudukan Pasar Utama di tengah bandar yang hanya bersebelahan dengan Pasar Daging Babi sangat menjengkelkan bagi saya. Selain itu, Kompleks Terminal Makmur yang antara tempat pertama pelancong akan pijakkan kaki sangat teruk dan meloyakan. Bau hancing dan sampah sarap merata langsung tidak dipedulikan Majlis Perbandaran Kuantan MPK. Malah perlu satu pembaharuan dan menaiktarafan Bandar Kuantan untuk dijadikan Bandaraya dan menjadikan Bandaraya Kuala Terengganu sebagai contoh.
Apa yang telah dilakukan Tun Abdullah dahulu selepas menerima tampuk pemerintahan dari Tun Dr Mahathir telah pun dilakukan Datuk Seri Najib selepas menjadi Perdana Menteri iaitu membebaskan sebahagian tahanan ISA. Datuk Seri Najib membebaskan 13 tahanan ISA dan tarik balik larangan Harakah dan Suara Keadilan yang telah dibekukan sebelum ini. Dan pastinya parti pembangkang akan mengata bahawa ini pastinya untuk menarik pengundi untuk mengundi BN pada 3 Pilihanraya Kecil yang akan berlangsung Selasa ini. Ini pastinya dan pelbagai tohmahan akan keluar. Kesian pada mereka. Kalau Najib tak buat salah, Buat pun Salah. Apa mereka boleh buat?
Kemasukan semula Tun Dr Mahathir dan keluarga dalam UMNO sangat diterima baik dan saya berharap kehadiran Tun Dr Mahathir ke dalam UMNO pastinya ada ‘something to be covered’ terutama politik wang kerana saya mendapat pelbagai laporan mengenai kemenangan beberapa pihak melibatkan wang.
Saya sebagai rakyat yang sentiasa memerhatikan aliran politik negara dan sebagai wartawan bebas berharap sesuatu pembaharuan akan berlaku dengan pemerintahan baharu ini. Semoga pihak pembangkang dan orang gila kuasa tidak merosakkan perjalanan politik aman negara sekarang ini. Semoga juga, ekonomi negara akan pulih tidak lama lagi.

No comments: